Selasa, 14 Ogos 2012

Air katira dan kacang poi special Johor

Aku tak pernah dengar pasal air katira sebelum ni. Rupa-rupanya famous kat johor bahru ni. Semalam lepas jumpa beberapa orang potential client kitaorang singgah kat bazar ramadan cari air katira. Kawan aku ckp air ni special, cuma dijual dalam bulan puasa je. Selain bulan ramadan memang sgt susah nak cari.

Pelik jugak, kalau betul air ni special dan menjadi bualan atau tarikan pelancong luar, kenapa tak jual je sepanjang musim. At least jual kat pasar malam atau dikomersilkan. Takkan ramuan nak buat air ni hanya blh dpt bulan ramadan je? atau kerajaan tak benarkan?? wallahua'lam.. Bahan-bahan dia aku tak sure, cuma yg aku kenal biji selasih je. Rasanya boleh tahan, rasa mcm cendol pun ada.. Aku bajet ada rasa masam manis tapi tak masam langsung.

Satu lagi, actually ada beberapa pengeluar tapi suggestion aku korang kalau nak cuba belilah keluaran Abu Bakar. Kawan aku tu kata yg ni paling sedap. Sebelum aku beredar teringat pulak sebelum ni aku pernah mkn roti bakar cicah kacang poi. Wife aku pun mengidam nak makan. Pusing la satu round lagi cari makanan special johor tu.. Tak dpt yg larkin pun okeyla janji wife aku dpt mkn.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...