Jumaat, 17 Ogos 2012

Amalan sunat di pagi Hari Raya Aidilfitri

Amalan sunat di pagi hari raya aidilfitri from premium beautiful shop and adibah karimah
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat. Banyak amalan sunat yang dianjurkan Islam ketika menyambut hari raya tapi aku share sebahagian amalan sunnah Rasulullah SAW. Semoga kita semua bergembira dan sentiasa dalam keberkatan dari-Nya. Amin.



Mandi sunat Aidil Fitri pada pagi hari raya.

Menjamah makanan manis sebelum menuju ke surau atau masjid. 

Menghiaskan diri dengan memakai pakaian bersih/baru berserta wangi-wangian. Hias tempat tinggal agar kelihatan bersih dan indah dengan sederhana dan tidak membazir.

♦Banyakkan bertakbir, bertahmid dan bertahlil kepada Allah.

Memohon keampunan dan bermaafan-maafan dengan ibubapa, suami isteri, anak-anak dan sebagainya.

Disunatkan pergi dan balik ke masjid menggunakan jalan yang berlainan dan lebih afdal berjalan kaki jika ia tidak terlalu jauh.

Ziarah menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya.

Bersedekah. 

Mengelak sambutan hari raya dengan perkara yang ditegah seperti berpesta dan sebagainya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...