Jumaat, 17 Ogos 2012

Cara ukur Body Mass Index (BMI)


Body Mass Index (BMI) untuk mengukur kandungan lemak dalam badan from premium beautiful shop adibahkarimah

Body Mass Index (BMI) adalah satu cara untuk menilai samada seseorang itu mempunyai kurang berat badan (underweight), berat badan sihat (healthy weight), berat badan berlebihan (overweight) atau obesiti (obese) untuk ketinggiannya.

Skor BMI diukur dengan cara mengambil berat (kg) dibahagi dengan tinggi (meter) dua kali seperti ini:
                     
          Berat (kg)
  ___________________
  Tinggi (m) x Tinggi (m)

Skor BMI diantara 18.5 hingga 24.9 dianggap berat badan yang sihat (healthy weight) manakala BMI 25 keatas dikira berat berlebihan (overweight). Skor BMI 30 keatas dikatakan morbid obesiti. Skor BMI 25 keatas dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung, diabetis dan sebagainya. 

Orang Asia dan beberapa etnik minoriti lebih cenderung untuk menghidap penyakit diabetis berbanding orang kulit putih. Oleh itu, orang Asia sepatutnya mempunyai skor BMI kurang 23 untuk dikira berat badan yang ideal. 

Pada kebanyakan orang, BMI boleh digunapakai sebagai pengukur anggaran lemak badan namun kelemahannya ia tidak mengambil kira faktor individu seperti berat jisim tulang dan otot.

BMI boleh jadi...

*Dikira lebih rendah bagi orang tua dan orang yg tidak berotot.

*Dikira lebih tinggi bagi orang yang sangat berotot dan sihat.

*Tidak menunjukkan risiko penyakit secara tepat bagi orang yg banyak lemak di bahagian abdomen (buncit).
                    
Sudahkah anda bersedia untuk mengetahui ukuran BMI anda? Jika anda tahu berat dan tinggi sila klik BMI Calculator ini.

Rujukan : http://www.bbc.co.uk/news/health-23143010
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...