Khamis, 16 Ogos 2012

Iftar di Restoran Mama Seafood

Iftar bersama Adibah Karimah (wife) dan anak-anak di Mama Seafood Restaurant Rawang
Semalam aku buka puasa (iftar) di Restoran Mama Seafood kat Rawang. Wife aku, Adibah Karimah memang ada appointment dengan doktor dia (akulah tu) untuk antenatal check-up. Sejak kelmarin lepas balik jumpa klien nak pakai korset Premium Beautiful dia rasa sakit perut macam contraction. Petang kelmarin datang klinik aku check semuanya okey. Alhamdulillah.. cuma kena lebih rehat.

Restoran ni memang ramai orang bila time buka puasa. Kalau nak tempat dan makanan sempat siap bila masuk waktu berbuka kenalah datang tempah seawal 4 petang. Aku datang pukul 5 pun dah dekat separuh meja orang dah booking. Makanan kat sini boleh tahan sedap dan harganya berpatutan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...