Jumaat, 10 Ogos 2012

Kena tipu beli ipad di Mudah.my

Pagi tadi seperti biasa aku drive ke tempat kerja tiba-tiba sms masuk. Belum sempat aku nak baca masuk satu lagi. Tak sabar aku baca sms tu sambil drive. Punyalah cuak orang ni cakap macam tu. Nombor aku tak kenal, so aku reply la tanya dia ni siapa.

Dalam duk tunggu dia balas, aku fikir-fikir ada ke aku hutang sape2.. rasanya takde kut.. orang lain yg hutang dgn aku banyaklah. Takkan diorang pulak yg mintak duit dgn aku.

Dia balas, cakap aku ada jual ipad kat dia 5 bulan lepas dalam website Mudah.my dgn harga rm1k. Masa tu barulah rasa lega, sebab dah tahu dia ni dah silap hantar sms... so kawan2, kalau nak beli barang secara online, tak kira la website mana kena selidik betul2 siapa yg menjualnya. Check reputasi atau komen orang yg dah beli sebelum tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...