Rabu, 15 Ogos 2012

Kereta terbakar di Johor Premium Outlet

Kes kereta wira terbakar di johor bahru ketika pergi ke jpo
Hari tu masa aku on the way nak masuk simpang je Johor Premium Outlet (JPO) ada sepasukan bomba sedang menyiram bangkai kereta proton wira yg masih berasap. Kedudukan kereta tu kat tgh simpang 4 seolah-olah baru bergerak dari berhenti. Aku agak mungkin terbakar sebab ada short circuit, atau maybe ada samseng baling bom kerosen.

Dulu aku pernah pakai kereta secondhand wira sedan 1.6L tahun 1996. Masa beli tahun 2003 maknanya dah pakai 8 tahun. Tahun pertama aku pakai memang best takde problem, tapi lepas setahun start problem. Aku jaga baik kereta tu, servis macam biasa dan kereta standard takde modification. Cuma aku ada pasang extra wiring kat spark plug nak kasi lebih pick up dan jimat minyak.

Maybe sebab tu la kut, kereta tu start rosak sana sini. Lampu depan, belakang dan signal terbakar. Pastu aircond rosak, then kipas coolant mati. Pomen cakap sebab short circuit. Lepas dua tahun lebih pakai kereta tu, aku eksiden. Lepas eksiden dah repair kereta jadi lebih teruk. Aku rasa kos repair kereta setiap bulan lebih mahal dari ansuran bulanan. Akhirnya aku jual kat student UUM murah-murah je..

Sebelum ni ada ura-ura mengatakan minyak petrol Ron 95 menyebabkan kereta mudah terbakar. Tapi sebenarnya itu hanya tohmahan yang tidak berasas. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sikap pemandu yang suka mengubahsuai kereta seperti lampu bawah kereta dan sistem audio boleh meningkatkan risiko kebakaran kereta akibat litar pintas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...