Selasa, 14 Ogos 2012

Lawak kacang hijau masuk telinga

Lawak kacang hijau masuk telinga

Suatu hari datang seorang lelaki ke klinik ENT, kerana telinganya dimasuki sebiji kacang hijau ketika dia membeli barang dapur di pasar. 

Doktor : "Selamat petang…" 
Pesakit : "Selamat petang doktor!" 
Doktor : "Ada masaalah apa …?" 
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau" 
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" 

setelah diperiksa… . 
Doktor : "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…." 
Pesakit : "Apa caranya doktor?" 
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma…" 
Pesakit : "Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?" 
Doktor : "Yang percuma kena sabar…" 
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya…?" 
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi taugeh anda boleh ler tarik keluar." Pesakit : "Huh!"


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...