Isnin, 27 Ogos 2012

Makan malam Pizza Domino

Makan malam pizza domino bersama adibah karimah, a premium beautiful top agent
Umphh! Sedapnya... dah lama tak makan pizza Domino ni. Rasanya pernah makan dulu masa matrik kat PJ lepas tu kerja dah pindah randah susah nak jumpa pizza Domino ni. Kalau terasa nak makan piza pergi Pizza Hut aje. Tapi sejak baru-baru ni asyik dapat pamplet piza Domino ni kat tempat kerja, dengan staf cakap piza ni lagi best dari Pizza Hut la... terasa pulak nak makan.

Adibah pun dah terpengaruh dgn kata-kata staf tu so kitorang pergilah beli malam tadi. Ingat nak dine in tapi agaknya memang style Domino kut, kedai dia kecil dan nak beli kena beratur. Meja pun sikit je tak macam Pizza Hut ambil order kat meja. Harga lebih kurang je dengan Pizza Hut dan rasanya... bagi saya lebih kurang je cuma roti dia tak berapa tebal so boleh makan banyak tanpa rasa muak. Pastinya lepas ni mesti nak try lagi ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...