Jumaat, 17 Ogos 2012

Makanan tradisional Terengganu

Makanan kegemaran jala emas terengganu dari premium beautiful top agent adibah karimah
Dulu zaman arwah mak saya masih hidup bila menjelang hari raya mesti buat nasi dagang dan kuih-muih tradisional seperti jala emas, tapai beras pulut, agar-agar kering, wajid dan beberapa jenis lagi kuih yg saya dah lupa. Kalau ada kuih raya yg moden-moden macam chocolate london atau sebagainya tu anak-anak yg beri.

Tapi dalam banyak-banyak makanan yg ada paling saya suka adalah jala emas. Sekarang kalau balik terengganu susah sikit nak jumpa. Kalau jumpa pun macam tak best macam arwah mak saya buat. Cara buat senang je aku tengok, guna kuning telur, tepung dan masak dalam air gula (betul ke??). Rasanya manis macam makan gula dan telur, tu yang saya suka sangat masa tu budak-budak lagi. Kalau korang datang Terengganu cubalah cari kat Pasar Batu 6 mungkin ada. Bukan keropok lekor aje yang special kat Terengganu ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...