Ahad, 19 Ogos 2012

Masalah kesihatan di bulan Syawal

Masalah kesihatan yang biasa meningkat selepas hari raya, di bulan syawal ialah kencing manis dan darah tinggi tidak terkawal by premium beautiful shop
Selamat Hari Raya Aidilfitri! Sekarang saya berehat sebentar sementara menunggu anak isteri bersiap-siap nak beraya ke rumah mak saudara. Ini rumah ke lapan nak pergi beraya.

Mungkin ada orang lain yang beraya lebih dari lapan, mungkin hari pertama raya berbelas rumah dah beraya. Pergi ziarah atau beraya ni memang amalan sunat tapi yang menjadi masalahnya setiap kali pergi beraya mesti makan.

Setiap rumah ada hidangan istimewa yang mesti nak cuba. Kalau pun ambil sedikit, mungkin sesenduk nasi dagang dan beberapa cucuk sate tapi kalau dikali lapan jadi banyak mana?

Tak mustahil berat badan yang berjaya diturunkan beberapa kilogram selepas sebulan berpuasa naik balik seperti asal lepas beberapa hari bulan Syawal. Masa saya kerja di klinik kesihatan dulu, lepas raya memang banyak kes kencing manis dan darah tinggi yang tak terkawal. Tak kurang yang terpaksa dimasukkan wad untuk rawatan rapi kerana sampai tahap bahaya. Ada juga kes-kes kencing manis dan darah tinggi yang baru dikenalpasti lepas raya disebabkan pemakanan yang tidak dikawal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...