Isnin, 27 Ogos 2012

Masjid Terapung Kuala Terengganu

Masjid Terapung atau Masjid Tengku Tengah Zaharah kuala terengganu from premium beautiful hasbi harun
Masjid Terapung ataupun nama rasminya Masjid Tengku Tengah Zaharah dinamakan sempena nama ibunda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja.

Masjid yang berwarna putih dan tersergam indah dibina pada bulan September 1991 dan siap pada Januari 1994 menelan kos RM 6.997 juta. Ia dibina di atas air dan kelihatan seolah-olah ia terapung di muara Sungai Ibai yang tenang dan menjadi salah satu tarikan pelancong di Kuala Terengganu.

Kedudukannya yang strategik di tepi jalan besar 4 kilometer dari bandar Kuala Terengganu menghala ke Marang senang dijadikan tempat persinggahan. Di sekitar masjid ini juga terdapat gerai-gerai buah tangan dan cenderahati yang boleh dibeli sebagai kenangan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...