Jumaat, 10 Ogos 2012

Mesin basuh budak ada?

Ada ke jual mesin basuh budak-budak? Mesin basuh baju ada, basuh pinggan-mangkuk ada, basuh kereta ada.. tapi mesin basuh budak? sejak maid balik kampung, rumahtangga saya sedikit kucar-kacir. Bukan masalah rumahtangga tapi berselerak, baju-baju banyak tak berlipat.. lantai kurang berkilat sebab jarang mop. Kesian bini saya juga, nak harapkan dia sorang buat kerja rumah tu memang tak larat.

Dia pun sibuk dengan business meeting sana-sini. Tambah dgn dua 'hero' yg bagai anjing dgn kucing dan nakal kat rumah tu memang boleh sakit kepala. Sekarang ni pun dia tgh pregnant 5 bulan, lagilah cepat letih. Kadang-kadang lepas balik kerja saya tolonglah mandikan budak-budak tu. Nak mandikan diorang pun ambil masa dekat setengah jam, berpeluh-peluh saya dibuatnya. Apa taknya, melompat-lompat dalam tandas, tak reti duduk diam. So, aku terpikir kalaulah ada jual mesin basuh budak confirm saya beli...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...