Sabtu, 11 Ogos 2012

Rahsia hubungan saya dengan Hanis Haizi


Hubungan perniagaan Hanis Haizi dgn saya dalam bisnes korset Premium Beautiful
Ramai yang tak tahu sebenarnya saya ada hubungan dengan Hanis Haizi. Walaupun saya dah kahwin ada anak dua, dia pun sebenarnya ibu kepada 2 orang anak, ia tidak menghalang saya menjalinkan hubungan dengan dia. Hubungan yg saya maksudkan tu bukanlah hubungan keluarga, jauh sekali hubungan sulit (nauzubillah) tapi hubungan dalam perniagaan korset Premium Beautiful.

Beliau adalah mentor dan leader kepada saya dan isteri saya, Adibah Karimah. Kitaorang kenal dia melalui blog dan tak lama lepas tu kami berjumpa. Masa tu kitaorang masih lagi menetap di Kedah, kira-kira setahun lalu. Adibah Karimah sebenarnya dah beberapa bulan baca blog Hanis Haizi ni sebagai silent reader. Walaupun saya tak kenal siapa Hanis Haizi masa tu, tapi saya berasa teruja setiap kali Adibah Karimah cerita pasal kejayaan Hanis Haizi dalam bisnes Premium Beautiful ni.

Pada asalnya saya tak percaya yang Hanis Haizi ni boleh dapat bonus sampai beratus ribu ringgit sebulan, maintain. Paling tinggi pun dalam enam puluh ribu je, tu pun jarang-jarang. Mungkin Hanis Haizi ada sumber pendapatan lain selain menjual korset Premium Beautiful ni, celah hati kecil saya. Sukar nak percaya tapi bila menyaksikan gaya hidupnya yang dilimpahi segala kemewahan dan keseronokan melancong ke merata dunia sambil membeli belah barangan berjenama mewah tanpa halangan bajet saya jadi percaya.

CDM Hanis Haizi, itulah gelaran pangkat tertinggi dalam bisnes networking Premium Beautiful ini. Beliau mula menceburkan diri dalam bisnes ini sejak tahun 2008. Beliau adalah graduan jurutera namun memilih untuk menjadi seorang surirumah. Asalnya tidak berhajat untuk bekerja mencari pendapatan sendiri namun kenaikan kos sara hidup telah mengubah pendirian beliau. Berasal dari keluarga berada dan dipenuhi kemewahan ketika zaman bujangnya kini terasa susah hidup berkeluarga.

Sejak hari tu, kami sama-sama buat bisnes.. sama-sama melancong ke luar negara. Alhamdulillah, aku dan wife aku, Adibah sedang mengikut jejak langkah beliau menempa kejayaan dalam perniagaan ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...