Jumaat, 24 Ogos 2012

Semoga ayah cepat sembuh

haji harun, ayah yang terlantar di KTS semoga cepat sembuh drp hasbi dan adibah premium beautiful
Malam tadi dapat panggilan daripada mak aku, bertanya pasal ayah aku sakit dada dan sesak nafas sejak kelmarin. Dua hari lepas sebelum balik ke KL aku singgah jumpa diorang. Masa tu ayah aku nampak okey je walaupun dia bagitau kaki dia sembab sikit. Aku tengok pun memang sikit je macam selalu, so takdelah risau. Aku syak pulmonary oedema (paru-paru berair) tapi risau kalau-kalau sakit jantung so aku suruhlah dia pergi hospital malam tadi jugak.

Mujurlah anak cucu ayah aku ramai, kena pulak diorang tengah cuti beraya so ramai-ramailah pakat hantar ayah aku ke hospital. Akhirnya ayah aku kena tahan wad, kat Kuala Terengganu Specialist Centre (KTS). Menurut kakak aku, doktor cakap jantung takde masalah cuma paru-paru tersumbat dan ada air sikit. Lepas bagi nebuliser ayah aku terus lega tapi still kena monitor dua tiga hari kat wad.

Ayah aku ni dah berumur 86 tahun dan tak ada penyakit lain selain penyakit lemah jantung je. Pagi ni dengar berita ayah dah beransur pulih. Alhamdulillah.. mungkin hari ni atau esok boleh keluar hospital. Aku doakan ayah cepat sembuh dan sihat serta panjang umur agar aku boleh membalas jasa ayah lebih banyak lagi...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...