Khamis, 23 Ogos 2012

Tanda-tanda kolesterol darah tinggi


Penyakit kolesterol darah tinggi dikesan melalui ujian darah sahaja from premium beautiful shop

Salam semua, hari ini saya dah mula kerja sedangkan orang lain ramai lagi masih beraya. Maklumlah ramai yang sambung cuti sampai hujung minggu dan tak kurang yang ambil cuti sehingga Hari Merdeka. Hari raya memang hari makan sepuas-puasnya, yelah ganti makan untuk sebulan puasa katakan, tambahan mana boleh tahan kalau makanan enak-enak terhidang depan mata.

Namun dalam kegembiraan berhari raya jangan sampai terlebih makan terutamanya bagi yang berpenyakit diabetis, darah tinggi dan juga kolesterol tinggi. Penyakit kolesterol darah tinggi ini sebenarnya penyumbang utama penyakit jantung dan strok (angin ahmar) tapi ramai yang tak tahu sebab tiada simptom spesifik yang menunjukkan seseorang itu mengalami kolesterol tinggi berbeza dengan penyakit lain seperti diabetis dan tekanan darah tinggi.

contoh keputusan Lipid Profile dengan julat bacaan yang normal

Ujian darah 'Coronary Risk Profile' atau 'Lipid Profile' dilakukan untuk meneliti kandungan kolesterol dalam darah. Anda tidak semestinya berpuasa untuk melakukan ujian darah ini, berbeza dengan ujian 'Fasting Blood Glucose' yang memerlukan anda berpuasa diantara 8-10 jam ketika darah diambil. Keputusan ujian darah kolesterol adalah seperti imej di atas, dimana ia mengandungi:
  • Total Cholesterol 
  • HDL Cholesterol 'Kolesterol baik HDL' 
  • LDL Cholesterol 'Kolesterol jahat'
  • Triglycerides
HDL : dikenali “kolesterol baik” sebabnya ia membantu tubuh membersihkan kolesterol jahat dalam darah. Semakin tinggi paras HDL adalah semakin baik. Jika ianya rendah, risiko penyakit jantung pula meningkat.

LDL : dikenali “kolesterol jahat” kerana menyebabkan pembentukan plak lemak pada dinding arteri. Makin tinggi paras LDL, maka semakin tinggi risiko dihinggap penyakit jantung.

Triglycerides : sejenis lemak dalam darah. Bila makan, tubuh akan menukar sebarang kalori berlebihan terus kepada triglycerides. Triglycerides pula akan disimpan dalam sel lemak diseluruh badan.

Untuk menganalisis keputusan itu anda perlu rujuk pada julat normal yang dinyatakan di sebelah kanan. Lebih senang bila bacaan yang tidak normal akan dihitamkan dan ditanda bintang seperti imej di atas. Ada dua ukuran yang biasa digunakan, iaitu mmol/L atau mg/dL bergantung pada makmal yang melakukan ujian tersebut. Sebagai panduan sila tengok imej di bawah ini.

julat normal kolesterol dan jenis-jenisnya

Jadi macamana nak tahu kalau anda menghidap kolesterol darah tinggi atau tidak? Mudah saja, buat ujian darah di mana-mana klinik kerajaan, swasta atau di makmal darah swasta (cth: BP Lab, MediSCAN, Pathlab, Gribbles). Sesiapa yang berumur 20 tahun keatas, seeloknya menjalani ujian darah ini setiap 5 tahun sekali.


http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/basics/definition/con-20020865
http://www.nhs.uk/conditions/cholesterol/Pages/Introduction.aspx
http://www.webmd.com/cholesterol-management/ldl-cholesterol-the-bad-cholesterol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...