Sabtu, 18 Ogos 2012

Tips elak traffic jam balik kampung


Tips elak traffic jam balik beraya ke kampung oleh premium beautiful shop
Hari ini saya akan berangkat pulang beraya di kampung. Sebelum tu saya godek-godeklah internet cari info trafik terkini. Manalah tahu ada traffic jam teruk sekarang ni. Taknaklah saya terperangkap dalam traffic jam. tengoklah gambar sebelah ni, agaknya diorang ni stuck dalam traffic jam sampai mati. Haha.. lawak!

Alang-alang saya nak berkongsi tips nak elakkan traffic jam bila nak balik kampung beraya.

Tips-tips:
  1. Guna jalan alternatif untuk sampai ke kampung halaman. Biasanya ada ada lebuhraya dan jalan persekutuan atau beberapa batang jalan lama yang jarang digunakan ketika hari-hari biasa kerana lebih jauh dan jalan yang kurang elok. Tapi, ketika musim perayaan mungkin jalan lama lebih lengang dan mengambil masa yang lebih cepat untuk sampai kerana tiada traffic jam. Tambahan pula tidak ramai yang tahu ada jalan lama selain lebuhraya atau jalan utama.
  2. Balik awal dua atau tiga hari sebelum hari raya. Kebiasaannya ramai orang akan mula pulang ke kampung sehari sebelum hari raya. Kemudian balik dari bercuti selepas hari raya keempat atau lima.
  3. Bertolak waktu subuh. Kebiasaannya ramai orang bertolak pada waktu tengahari selepas persiapan diwaktu pagi. Waktu diantara 5 dan 7 pagi sangat sesuai untuk bertolak kerana ketika ini jalan tidak sibuk dan badan sangat segar dan minda cerdas. Kebarangkalian untuk anda disaman kerana speed trap juga tiada waktu sebegini.
  4. Dapatkan info trafik dari:
    •  Lembaga Lebuhraya Malaysia dengan menelefon nombor 1-800-88-7752 atau pergi ke laman webnya. Anda juga boleh melanggan info trafik terkini. 
    • Selain itu, anda boleh mendengar info trafik semasa dalam radio. 
    • Dapatkan GPS yang ada maklumat trafik. Kebiasaannya maklumat tersebut mestilah dilanggan.
    • Laman sosial seperti Facebook atau Tweeter. Pasti ada diantara kawan-kawan anda yang tahu mengenai keadaan trafik di satu-satu tempat kerana mungkin mereka baru saja menempuh jalan itu. 
  5. Bagi yang bujang dengan sedikit barang mungkin menunggang motorsikal lebih baik dan dapat mengelakkan traffic jam. 
  6. Akhir sekali, cara paling berkesan dan tidak akan ada traffic jam ialah dengan menggunakan pengangkutan awam seperti keretapi atau kapal terbang yang pastinya tidak melalui jalanraya. Kalau tersangkut pun bukanlah dipanggil traffic jam!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...