Rabu, 19 Oktober 2016

Tips merawat sakit kepala migrain tanpa ubat


tips kurangkan sakit kepala migrain

Hari ini saya ingin berkongsi beberapa tips bagaimana hendak mengurangkan sakit kepala migrain dan cara mencegahnya daripada berulang:

BARING 

Baring dan pejamkan mata dlm bilik gelap selama setengah jam atau lebih. Malah dengan tidur juga menjadi pelega yang tepat. Cuba letakkan pek ais di belakang tengkuk ataupun botol air suam. Berhentilah dari melakukan sebarang pekerjaan, tetapi teruslah berbaring.

Cuba urut atau tekan secara lembut di bahagian yang sakit dan cuba tidur sebagai satu usaha merehatkan minda dan badan

TIDUR BERKUALITI

Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti diantara 7-9 jam sehari kerana migrain senang terjadi sekiranya tidak cukup tidur. Tidur yg cukup 8 jam tidak semestinya tidur yg berkualiti jika sering terjaga atau terganggu spt penyakit insomnia.

SELALU BERSENAM 

Kerap bersenam boleh mengurangkan tekanan fizikal dan emosi. Jika anda kerap sakit kepala, ambil inisiatif untuk berjogging, bersenam dan melakukan aerobik.

Lakukan senaman yang tidak keterlaluan seperti berjalan atau berenang kerana aktiviti lasak boleh mencetuskan migrain.

Lakukan senaman yoga atau meditasi untuk menenangkan minda sekaligus dapat mengurangkan serangan migrain. Luangkan masa sejam setiap hari untuk aktiviti hobi yang menyeronokkan seperti membaca komik atau berkebun.

JAUHI PANCARAN MATAHARI 

Berehat dalam bilik gelap. Jika bilik terang, tariklah tabir atau langsir supaya cahaya dari luar tidak menembusi bilik anda. Jika sedang menghadap skrin komputer dan televisyen, berehatlah, pancaran cahaya dari skrin juga boleh menambahkan rasa sakit kepala 

FIKIRKAN PERKARA YANG MENENANGKAN 

Sakit kepala ada kalanya timbul akibat stress dan terlalu banyak perkara yang difikirkan. Apakah anda kerap mengerutkan dahi, meninggikan suara ketika marah mahupun menjerit ketika dalam kesesakan jalan raya?

Jika jawapannya ya, kurangkan dari bersikap begitu. Jika situasi begitu anda lalui, berhentilah, kemudian menarik nafas dalam-dalam sebanyak dua kali. 

TUAM MATA 

Celupkan kain atau tuala bersih ke dalam ais. Demahkan ke bahagian mata yang sakit atau kepala anda. Jika tidak berkesan, gunakan pula air suam. Lakukan selama setengah jam.

BERHENTI MEROKOK DAN JAUHI MINUMAN KERAS 

Jika anda merokok, ambil inisiatif untuk berhenti. Begitu juga jika anda seorang yang meminum minuman keras, berhentilah dari mengambilnya

ELAKKAN MAKANAN PENCETUS

Kenalpasti makanan yang boleh mencetuskan migrain dan kemudian mestilah dielak sepenuhnya. Kebiasaannya makanan yang mengandungi Tyramine seperti keju, daging salai dan ikan salai.

KURANGKAN KAFEIN 

Jika anda gemar meminum kopi dan teh lebih dari secawan setiap hari, cuba kurangkanlah. Tapi, jangan terus berhenti mengambilnya secara drastik kerana ia juga boleh menyebabkan anda diserang sakit kepala. Kaedah terbaik dengan mengurangkan kepada setengah cawan setiap hari. Lama-lama anda akan boleh terus berhenti tanpa gangguan serangan sakit kepala.

Walaupun kafein bukanlah penyebab migrain tetapi jika diambil secara berlebihan ia akan trigger migrain bila kandungan kafein dlm darah berkurang. Tapi hal ini terjadi dlm 2% saja drp populasi.

VITAMIN DAN MINERAL TAMBAHAN

Ambil vitamin dan mineral tambahan yang mengandungi vitamin B12 dan magnesium. Kebanyakan drp kita memang sukar utk kekalkan pemakanan seimbang kerana terlalu sibuk dgn urusan kerja setiap hari dan pengambilan suplemen tambahan boleh membantu.

Walau apa pun usaha yang dilakukan, jangan lupa berdoa kepada Allah semoga disembuhkan penyakit migrain yang dihidapi. Insya-Allah.


sembuh migrain tanpa ubat hanya dgn lapik tilam bvsm


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...