Sabtu, 25 Ogos 2012

Tok Kadi paling popular


pengantin ke hospital utk diijabkabul oleh hj harun jurunikah tersohor by premium beautiful adibah karimah

Pagi lagi kakak saya dah call nak bagitau majlis perkahwinan yang berlangsung di Hospital KTS kelmarin dah keluar paper Utusan Melayu dan Kosmo hari ni. Juga masuk Astro Awani pukul 7 pagi tadi tapi saya tak dimaklum awal so terlepaslah nak tengok.

On the way pergi kerja singgah beli paper kat petrol pump, bangga pun ada tengok berita tu keluar front page. Jelas gambar ayah saya terpampang kat depan Kosmo. Ayah saya masuk wad dua hari lepas sebab serangan lelah dan sepatutnya dia menikahkan pasangan pengantin tu di rumah pengantin perempuan di Kg. Tok Jembal kelmarin.

Disebabkan ayah masih belum sihat sepenuhnya terpaksalah rombongan kahwin tu datang ke hospital dan berkahwin di sana. Mungkin leceh sikit bagi keluarga pengantin tapi saya percaya kedua mempelai tu mesti lebih seronok dan teruja sebab diorang dapat masuk suratkhabar dan tv. Maklumlah, ni pertama kali majlis perkahwinan diadakan di KTS.

Saya syukur dan bangga kerana ayah masih mampu melaksanakan tanggungjawabnya walaupun tidak sihat. Ayah dah dibenarkan keluar wad malam tadi dan hari ni khabarnya ada lagi perkahwinan yg dia kena nikahkan. Apapun, selamat pengantin baru kepada pasangan tersebut dan semoga kekal bahagia ke akhir hayat.  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...