Rabu, 15 Ogos 2012

Ubat pelangsingan tiruan berbahaya


Bahaya ubat kurus yang beracun boleh membawa maut

Ramai yang sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa sendiri semata-mata mahu kurus. Mereka sanggup membeli ubat-ubat pelangsingan yang dijual melata tanpa selidik kesan sampingan yang bakal diterima.

Banyak kes keracunan dilaporkan selepas mengambil ubat pelangsingan murah dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Keracunan yang teruk boleh membawa maut akibat kegagalan fungsi organ dalaman seperti hati dan buah pinggang.

Memang betul kebanyakan program pelangsingan badan memerlukan kos yang mahal dan menyeksakan tapi janganlah sampai tergamak mengambil ubat kurus yang tidak berdaftar dan beracun tu. Cubalah amalkan cara hidup yang sihat seperti bersenam, elakkan stress dan mengambil diet yang sihat.

Amalkan pemakanan yang seimbang lebih selamat untuk menguruskan badan. Ia kerana 70% bergantung pada diet. Kurangkan pengambilan gula dalam bentuk karbohidrat seperti gula, susu pekat manis, nasi dan roti. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur hijau untuk vitamin dan serat.

Jumpalah pakar pemakanan iaitu dietitien untuk bantuan kaunseling pemakanan. Lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit sehari. Cuba tetapkan matlamat untuk kurangkan berat sedikit demi sedikit dan lebih realistik supaya kesannya berpanjangan.

Selain ubat kurus, banyak lagi produk yg dijual di luar sana mengandungi bahan terlarang atau racun. Tujuannya semata-mata nak memberi kesan yg serta-merta kpd pengguna. Biasalah orang, kalau kesannya cepat barulah produk tu dikatakan bagus tanpa memikirkan kesan buruknya dikemudian hari.

Senarai Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang


senarai produk menggunakan bahan terlarang
senarai produk menggunakan bahan terlarang
senarai produk menggunakan bahan terlarang
senarai produk menggunakan bahan terlarang
senarai produk menggunakan bahan terlarang
senarai produk menggunakan bahan terlarang

Sumber : 
http://www.pharmacy.gov.my


http://www.drhasbi.com/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...