Khamis, 9 Ogos 2012

Ya Allah ampunkanlah dosaku..

Adalah sorang patient ni, dah masuk kategori pakcik dah tapi kaki mc. Dia ni selalu bohong sakit, pastu minta mc kat sharepartner aku ni. Sekali tu bos dia datang minggu lepas, kena time aku bertugas pulak. Terpaksalah aku menjawabnya, nak ckp banyak pun tak boleh sebab dia ni belum pernah dtg jumpa aku. Nak tahu lebih aku suruh pengarah urusan tu jumpa sharepartner aku sendirilah.

Hari ni dia dtg lagi, jumpa aku... okeylah, dia dtg sebab demam selsema. Tapi yg menjengkelkan aku, bau rokok masya-Allah kuat giler. Macam baru habis hisap je, padahal time ni pukul 12.30 t/hari. Orang Islam, lelaki, umur dah 50-an tapi kaki tipu mc dan kemungkinan besar tak posa! Hari ni 20 Ramadan, patutnya tambah lagi amalan dalam 10 hari terakhir ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...