Rabu, 15 Ogos 2012

Ya Allah, selamatkanlah anakku..

Selamatkanlah Adibah Karimah dan anak dalam kandungannya
Wife aku baru call, katanya sakit perut memulas tapi bukan nak buang air besar, macam senggugut. Aku dah risau, dia cakap macam ada contraction. Adibah ni baru mengandung usia 22 minggu. Kakak ipar dia baru-baru ni keguguran masa kandungan 6-7 minggu. Lepas tu ada lagi 2 orang kawan dalam bisnes Premium Beautiful dia keguguran.

Aduhai, ya Allah aku berdoa semoga kandungan wife aku ni selamat. Aku harap sangat anak ni baby girl sebab dah ada dua orang anak lelaki. Petang ni aku minta dia datang ke klinik aku nak check, harap takde apa-apa la. Sejak kelmarin dia duk stress layan karenah dua orang anak aku ni. Anak sulong tu degil dan suka menyakat adiknya. Adik pulak kuat merajuk dan terlalu manja.

Kesian kat wife aku. So far dia takde penyakit apa-apa, cuma aku risau takut stress yang terlampau sebabkan preterm contraction. Aku kena cari jalan macamana nak tolong dia kurangkan stress. Maybe hantar dia spa buat aromatherapy ataupun bawak dia pegi shopping. Apapun, semoga dia dan anak dalam kandungan selamat. Aminn..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...