Rabu, 12 September 2012

Apa itu bakteria kebal antibiotik?


Salah guna antibiotik menyebabkan antibiotic resistance bacteria drp premium beautiful shop hasbi

Bakteria kebal antibiotik atau dalam Bahasa Inggeris antibiotic resistant bacteria selalu diberitahu kepada pesakit yang tidak menghabiskan antibiotik yang dipreskripsi kepadanya. Antibiotic resistance berlaku dimana sesuatu bakteria mampu bertahan bila terdedah kepada antibiotik yg diberi. Doktor selalu nasihat pesakit mesti habiskan semua antibiotik yang diberi walaupun sudah berasa pulih untuk mengelakkan situasi ini terjadi.

Bila tubuh diserang jangkitan bakteria, sistem imun tubuh akan cuba menghapuskan semua bakteria namun kadang-kadang ia memerlukan pertolongan antibiotik. Sekiranya antibiotik tidak dihabiskan seperti disarankan dan ketika sistem imun belum pulih sepenuhnya, ada sesetengah bakteria yang lebih kuat dan masih bertahan akan terus membiak generasi baru yang kuat sama sepertinya. Jadi antibiotik tersebut kemungkinan besar tidak lagi mampu melawan jangkitan bakteria tersebut dimasa hadapan.    

Selain itu, ingin saya tekankan di sini antibiotik sebenarnya hanya berguna untuk jangkitan bakteria. Jika anda demam selsema janganlah pula minta diberi antibiotik. Lebih parah kalau pergi beli sendiri antibiotik di farmasi. Biarlah doktor periksa dahulu dan buat keputusan sewajarnya sebab kemungkinan ia berpunca daripada jangkitan virus dan tidak memerlukan rawatan antibiotik. Lagipun penggunaan antibiotik berlebihan boleh mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan. 

Antibiotik sebenarnya bukan saja membunuh bakteria jahat malah turut menghapuskan bakteria baik dalam usus. Bakteria baik ada beratus jenis dan diperlukan untuk membantu penghadaman. Tanpa bakteria baik yang mencukupi akan mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti cirit-birit, sembelit, tidak hadam, pedih ulu hati dan juga kegemukan. 

Betul ke kalau selalu ambil antibiotik boleh jadi gemuk? Jom [klik sini]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...