Jumaat, 7 September 2012

Ditipu ejen pembantu rumah


Ada lagi kisah pasal orang gaji saya. Niat awal tak nak cerita kat sini tapi ada baiknya kalau saya kongsi pengalaman ini. Mungkin anda boleh ambil teladan supaya tidak tertipu dengan ejen pembantu rumah. Bukan saya tak mahu ambil pembantu rumah daripada ejen yang berdaftar, yang ada pejabat bagai tapi pengalaman saya dan sedara-mara yang pernah kena tipu dengan ejen berdaftar menjadikan saya tak berapa percaya melainkan direkomenkan oleh orang yang boleh dipercayai. 

Ejen pembantu rumah ditangkap reman lepas tipu berpuluh ribu ringgit drp premium beautiful

Lepas pengasuh ketiga yang saya cerita tu dihantar balik, rumahtangga saya sedikit tidak terurus. Adibah yang pregnant 5 bulan selalu keletihan lepas balik dari jumpa klien dan rakan kongsi bisnes premium beautiful. Saya pula balik kerja lewat malam juga keletihan. Kerja rumah kami tontong buat ala kadar je. Okeylah tapi masalahnya anak sulung saya terpaksa ponteng sekolah sebab selalu Adibah ada appointment waktu tengahari kat luar. Jadi terpaksalah angkut dua orang anak ni ikut sekali. 

Ceritanya bermula di pertengahan bulan Julai lepas. Saya kenal ejen ni melalui kawan Adibah, satu geng dalam bisnes group Hanis Haizi. Dia cakap ejen ni memang dah lama buat bisnes ni walaupun takde lesen tapi dah ramai dia bawa masuk orang Indonesia ke Malaysia. 

Saya pada mulanya ragu-ragu juga, tapi lepas bercakap sendiri dgn ejen tu rasa konfiden pula. Tambahan kawan baik yang rekomenkan. Ejen tu janji akan hantar org gaji tu dalam masa seminggu memandangkan memang dah ada beberapa orang sana yg nak datang sini cuma tunggu bayaran utk buat paspot aje. Kosnya cuma RM3500 sahaja utk seorang org gaji dan kalau nak buat permit nanti cuma tambah seribu ringgit je. 

Saya pun bayarlah RM3500 tu, tunggulah sampai hari yg dijanjikan. Malangnya pada hari yg dijanjikan org gaji yg dijanjikan tidaklah kunjung tiba. Bermula dari hari tu saya hanya berhubung melalui sms kerana dia tidak akan angkat panggilan telefon saya atas alasan dia berada di Tanjung Pinang. Takpelah, tapi hari demi hari saya sabar menunggu tapi akhirnya dapat tahu itu semua adalah helah semata-mata. 

Selama itu alasan dia 'visa calling' belum siap sebab imigresen Malaysia lambat proses. Dia cakap amah tu dah ada kat Johor tapi dia masih kat Indonesia. Akhirnya kami tahu yang dia ni dah tipu ramai orang selain kami. Hampeh! Ada tak ejen pembantu rumah yang jujur atas muka bumi ni??

Hmmm... nasib badan dah jatuh ditimpa tangga. Nampaknya duit saya terbang lagi... Agaknya si ejen ni dah jadi tamak. Mungkin juga dia nak beraya sakan. Apa-apapun bersambung next entry...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...