Jumaat, 14 September 2012

Penerima anugerah SM & SSM Awards



Tahniah kepada semua penerima anugerah Sales Manager (SM) dan Senior Sales Manager (SSM) Awards yang berlangsung pada 8 September baru-baru ini. Mereka semua bakal menjadi bintang yang bercahaya suatu hari nanti. Berkat usaha bersama kumpulan "Green Leaders Group" pimpinan Hanis Haizi dalam bisnes korset Premium Beautiful telah melayakkan mereka merangkul anugerah yang gilang-gemilang ini.

Kira-kira lebih tiga puluh orang daripada kumpulan Adibah Karimah dan saya yang dijemput untuk menerima anugerah yang berprestij ini. Mereka semua berasal dari setiap pelosok negeri, malah ada diantara mereka berasal dari bumi kenyalang iaitu Sabah.

Anugerah SM dan SSM Awards untuk Premium Beautiful GLG Top Agents

Majlis anugerah SM/SSM Awards ini diadakan dua kali setahun biasanya dalam bulan Februari dan September di Dewan Wawasan PGRM Cheras, KL. Penerima anugerah kali ini dianggarkan melebihi dua ribu orang dari seluruh Malaysia! Saya adalah salah seorang diantaranya tetapi tidak sempat nak pentas kerana sibuk bergambar dengan rakan-kongsi. 

SM dan SSM adalah pangkat pertama dan kedua dalam bisnes networking ni. Anugerah ini adalah bukti pertama kejayaan seseorang ejen itu dalam perniagaan networking ini. Selain pangkat, peratus untung runcit dan bonus juga meningkat berbanding sebagai seorang pengedar. Anugerah ini bagus dijadikan batu loncatan untuk terus menempa kejayaan dalam perniagaan ini.

Gambar Hasbi Harun dan Adibah Karimah ejen premium beautiful GLG
bersama Adibah Karimah
Green Leaders Group team Adibah Karimah premium beautiful top agents dengan Hanis Haizi
Berdiri dari kiri : Julia Nazreen, Aminah, Farhana Arapah, Shuhada, Hafizah, Adibah Karimah, Hanis Haizi, Zie Abdul Ghani, Zahirine Abd Rahman, Adibah. Duduk : Zura.

Green Leaders Group premium beautiful team pimpinan hanis haizi
Green Leaders Group
Akhir kata, 'seribu langkah bermula dengan langkah pertama' ibaratnya jika kita mimpikan kejayaan yang besar dikemudian hari, maka jangan abaikan kejayaan kecil di awal perniagaan. Kejayaan sekarang akan mendorong lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Semoga 'Green Leaders Group' terus mencipta nama di persada perniagaan networking.
   
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...