Khamis, 6 September 2012

Pengalaman dengan orang gaji


Pengalaman dengan orang gaji atau amah dari Indonesia drp premium beautiful agents

Sebelum ni saya ada post cerita pasal amah ipar saya yang mencuri duit dan merancang nak lari ke Singapura. Kali ni nak cerita berkaitan amah saya sendiri. Saya pernah ada tiga orang amah sebelum ni. 

Orang gaji pertama...

Amah pertama saya berasal dari Jawa, umur 18 tahun dan masih bujang. Saya dapat amah ni melalui mak saudara saya dan kakak amah ni bekerja dengan mak saudara saya yg sorang lagi. 

Dia ni memang rajin mengemas rumah dan jaga anak-anak. Masa mula-mula dia kerja, kami baru pindah masuk kondo baru beli di Jitra dan anak kedua baru je berusia 4 bulan. Dari segi kerja memang kami puas hati dan dia tak pernah melawan cakap kami. Tapi baru je beberapa bulan kerja dia dah tanya boleh balik cuti raya ke tidak. Masa tu memang tak akan bagi sebab baru je 6 bulan kerja tapi dia tanya sekali je lepas tu senyap. Dia kerja elok, sampailah dekat raya tahun depan dia minta nak balik beraya. Kami mulanya taknak bagi sebab cuma tinggal 6 bulan je lagi kontrak nak habis. 

Lepas cukup 2 tahun kami hantar baliklah dan kos semua kami akan tanggung tapi dia mendesak nak balik. Katanya cuma 2 minggu je, alasan kakak dia nak kahwin lepas tu mak dia sakit kaki sebab terjatuh dan takde orang nak jaga kalau kakak dia kahwin nanti. Sampai menangis-nangis dia minta balik akhirnya saya bagi jelah tapi dengan syarat duit tambang balik tanggung sendiri. Kalau dia jujur dan datang balik lepas 2 minggu mcm dah janji saya akan ganti balik duit tambang tu. Baki duit gaji dia saya pegang dan dia bersetuju sekiranya dia gagal datang kembali duit baki gaji tu dikira hangus sebagai gantirugi saya. 

Hari dia nak balik kami tak teringat nak check dulu barang-barang dia dan dia menangis sambil peluk anak-anak saya. Dalam hati dah syak agaknya dia ni taknak datang dah kut. Takkan sedih sangat sampai menangis. Dia minta gambar anak saya tapi mujur tak ade masa tu. 

Baliklah dia... seminggu lepas raya dia abang dia call mak sedara saya dari Indonesia. Dia cakap Andy dah taknak kerja. Dia minta baki duitnya dihantar ke sana. Saya dan Adibah memang bengang dan taknak pulangkan baki gaji sebab dah buat perjanjian dgn dia. Akhirnya mereka senyap lepas beberapa kali minta dgn mak sedara, tak berani nak direct dengan kitaorang. Baru-baru ni mak sedara saya cakap Andy dah pun kahwin. Agaknya dengan boyfriend dia sejak kerja dgn saya la kut. Maybe juga boyfriend dia yg larang dia kerja kat sini. Saya pernah tengok gambar boyfriend dia, dan Andy selalu berhubung dengannya melalui telefon dan sms.

Orang gaji kedua...

Amah kedua saya berumur lewat 30-an. Asal dari Madura, dah kahwin ada anak 4. Anak bongsu dia berumur 4 tahun rasanya. Saya dapat dia melalui kawan ayah saya yg berasal dari Madura. Amah ni tak berapa reti bahasa Melayu, kerja pun lambat. Jauh beza dengan Andy yg rajin. Masak tak reti langsung. Secara overall memang tak best. Jaga anak pun tak berapa reti. Saya perasan anak saya selalu lapar bila saya balik dari kerja waktu malam. Adibah pun kadang-kadang balik lewat jumpa customer premium beautiful. Berat badan anak-anak nampak makin susut tapi bila tanya bibik dah suap makan ke belum dia akan jawab dah makan banyak. Rasa tak percaya tapi takde bukti nak tuduh tak bagi makan. 

Amah ni sempat kerja setahun je, dia dah minta nak balik. Kami tak bagi tapi tiba-tiba ada lelaki indon datang tengah-tengah malam mengaku saudara dia nak bawa dia balik Indonesia. Masa tu taknak bagi tapi mak mertua nasihat lepaskan dia kalau tidak kemungkinan besar dia akan lari time kami takde kat rumah, lagi naya. Jadi baliklah...

Orang gaji ketiga...

Amah ketiga, mungkin lebih sesuai pengasuh sebab dia ni orang kita. Lepas maid kedua balik kelam kabut kami dibuatnya. Yelah secara mengejut, takde plan awal tak macam maid pertama dah plan nak hantar anak kemana, lagipun cuti hari raya panjang. Last-last mak mertua minta tolong kawanbaik dia. Ada anak dara umur 18 tahun, malas belajar nak cari kerja. So ayah dia pujuklah dia tolong jadi pengasuh sementara dapat maid baru daripada duduk rumah tak buat apa-apa. Dia ni tak lama, lepas dua hari dah merungut nak balik. Boleh cakap tak tahan jaga anak-anak saya sebab nakal sangat. Pujuk punya pujuk takpelah tak payah kemas rumah jaga anak je dia setuju. Tapi tak sampai sebulan dia minta nak balik juga, akhirnya hantar je balik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...