Isnin, 3 September 2012

Sakit belakang punca utama cuti rehat



Kasut tumit tinggi punca sakit belakang info drp Premium Beautiful Shop
kasut bertumit tinggi punca sakit belakang
Sakit belakang adalah antara penyebab utama seseorang itu tidak dapat bekerja dan sebenarnya sebab kedua paling tinggi pesakit berjumpa doktor selepas demam selsema. Dianggarkan 80 peratus daripada populasi dunia mengalami sakit belakang sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya. 

Kebanyakan kes sakit belakang berpunca daripada ketegangan otot akibat postur badan yang salah ketika melakukan aktiviti atau mengangkat barang, terjatuh atau trauma. Sebilangan kes sakit belakang adalah simptom daripada penyakit organik yang lebih berbahaya seperti keradangan sendi (arthritis), jangkitan kuman, patah tulang atau kanser.  

 

Tips mencegah sakit belakang.

◘ Pakai kasut yg selesa dan bertumit rendah. Kasut bertumit tinggi menyebabkan bebanan berat badan dialihkan ke bahagian depan kaki dan untuk mengekalkan posisi badan yg tegak bila berkasut tumit tinggi bahagian pergelangan kaki, lutut, pinggul, tulang belakang dan kepala akan berubah kepada kedudukan yg tidak optimum menyebabkan sakit di bahagian tumit, pinggang dsb. Selain itu:

◘ Amalkan pemakanan sihat dan berkhasiat

◘ Sentiasa aktif dan bersenam

◘ Elakkan berbaring terlalu lama

◘ Panaskan badan atau 'stretching' sebelum melakukan aktiviti fizikal

◘ Kekalkan postur badan yg betul ketika berdiri, duduk dan mengangkat barang

◘ Gunakan tilam yg tidak terlalu empuk utk mengelakkan tulang belakang melengkung ketika tidur

◘ Berhenti merokok. Merokok menyebabkan kekurangan oksigen dan nutrien sampai kepada tisu di sekitar tulang belakang mengakibatkan slipped disc.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...