Khamis, 6 September 2012

Semua orang rindu adik


Saya, adibah karimah dan haarith rindu adik khairi drp premium beautiful agents

Hari ni baru masuk hari keempat berpisah dengan adik Kamal Khairi. Masa balik kampung cuti Merdeka minggu lepas kitaorang tinggalkan dia kat kampung sebab abang ipar nak sangat jaga dia. Lagipun hujung minggu ni mak mertua nak datang KL hantar sekali dengan bibik si pencuri dan anak kakak ipar. 

Saya, Adibah dan anak sulung kami rindu kat adik tapi saya steady je, takdelah nak tunjuk. Adibah ada cakap rindu sekali dua hari lepas tapi anak yang sulong tu, Aqil Haarith tiap-tiap hari entah berapa kali sehari duk sebut pasal adik. Sampaikan saya tanya nak makan apa, dia jawab nak tunggu adik makan sama. Dia cakap rambut panjang sampai mata, saya tanya nak gunting rambut tak dia jawab tunggu adik. Pastu nak gunting rambut macam adik. Pagi-pagi tanya adik bila balik, petang kelmarin nak telefon tokma nak cakap ngan adik tapi tak dpt pasal adik kat sekolah. Kesian pulak kat Haarith ni, rupanya dia pun rindu kat adik.  

Minggu ni dah dua hari Haarith tak pergi sekolah sebab Adibah sibuk. Hari ni top-up day untuk bisnes Premium Beautiful so memang minggu ni dia rushing ke sana ke mari nak setelkan payment dan pendaftaran ahli baru. Biasalah beberapa hari sebelum top-up day adalah paling sibuk tapi berbaloi bila semuanya selesai. Sikit lagi Adibah nak naik pangkat paling tinggi dalam bisnes Premium Beautiful ni, insya-Allah kalau semua berjalan lancar sempat naik CDM sebelum akhir bulan September ni. 

Gambar kat atas tu diambil masa pergi sharing bisnes Premium Beautiful kat Shah Alam. Tengah-tengah fokus cerita pasal bisnes tak perasan si cilik ni conteng meja putih tu dengan permanent marker hitam. Cuak saya, tapi nasib baiklah pekerja situ sporting. Senang je dia bersihkan pakai pencuci dia. Sebagai balasan saya belilah sepotong kek dari kedai ni yg berharga RM14.. hurmm nasib baik sedap. 

  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...