Isnin, 8 Oktober 2012

Cuti tanpa gaji untuk berbisnes


Hari ni dah masuk minggu ketiga saya bercuti. Bermula dengan cuti tahunan seminggu terakhir bulan September kemudian sambung sebulan lagi cuti tanpa gaji untuk buat bisnes Premium Beautiful dengan Adibah. Kalau ikutkan sayang nak ambil cuti lama-lama takut pesakit saya berkurang nanti. Maklumlah, biasanya ramai pesakit yang datang ke klinik dah biasa dengan saya. Kalau doktor lain yang ganti diorang taknak datang.

Tapi memandangkan bulan September lepas adalah sangat penting kerana bulan terakhir pakej percutian Paris dan London jadi berbaloilah kalau ambil cuti. Lagipun, hari top up day pada hari ni, 8 Oktober adalah hari penentuan untuk wife saya, Adibah untuk naik pangkat kepada Crown Diamond Manager (CDM) dan saya untuk naik pangkat Double Diamond Manager (DDM). 

Insya-Allah kalau semua berjalan lancar kami juga akan lahirkan 3 orang pemenang jam tangan untuk bulan September dan dapat bawa ramai rakan kongsi melancong ke Paris dan London pada bulan Mac tahun depan. Majlis anugerah CDM, DDM dan pemenang Jam Tangan untuk jualan RM 100,000.00 sebulan akan diadakan di Stokis B32 pada 20 Oktober 2012. 

Saya dan Adibah mula berbisnes korset Premium Beautiful secara online selepas menyertai kumpulan Green Leaders Group (GLG) dibawah pimpinan CDM Hanis Haizi dan CDM Razali Zain kira-kira setahun lalu. Group kami ni memang besar dan sentiasa mencecah rekod jualan berjuta-juta ringgit setiap bulan.

Hasbi Harun ambil cuti tanpa gaji buat bisnes premium beautiful dan biozone food purifier


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...