Khamis, 24 Januari 2013

Apa itu G6PD Deficiency?



Perkataann G6PD memang tak asing terutama bagi ibu yang pernah melahirkan anak sebab ujian darah yang pertama diambil daripada tali pusat bayi adalah ujian G6PD. Ujian darah ini untuk menyukat kandungan enzim G6PD bayi yang baru lahir itu.
Jaundis disebabkan oleh penyakit G6PD Deficiency
terapi foto untuk merawat jaundis pada bayi
G6PD bermaksud Glucose-6-Phosphatase-Dehydrogenase. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel darah merah pecah ataupun dipanggil hemolisis bila terdedah kepada sesuatu makanan seperti kacang parang, ubat gegat dan ubatan yang mengandungi sulfa.

Hemolisis sel darah merah dalam G6PD Deficiency
sel darah merah yang tidak normal
Kacang parang penyebab hemolisis dalam G6PD Deficiency
kacang parang tidak boleh dimakan 
Tanda-tanda klinikal seperti jaundis pada bayi, kencing berwarna teh, mata kekuningan terjadi bila berlaku hemolisis. Penyakit ini tiada penawarnya. Langkah terbaik adalah menghindari makanan dan ubatan yang boleh mencetuskan hemolisis.

Pesakit G6PD Deficiency dikatakan tahan kepada penyakit demam malaria sebab kuman malaria tidak boleh hidup dalam sel darah merah pesakit G6PD Deficiency.

Penyakit G6PD Deficiency jarang membawa maut dan rawatan bagi kes hemolisis yang teruk adalah pemindahan darah kepada pesakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...