Jumaat, 25 Januari 2013

Daging proses punca kanser



Daging proses adalah makanan berasas daging yang telah diproses seperti memanggang, menyalai, mengawet, diperam dengan garam dan sebagainya. Contohnya daging burger, hotdog, sosej, bologna, satay dan sebagainya biasanya mengandungi jumlah kalori, lemak tepu dan natrium yang tinggi.

Memakan daging burger boleh menyebabkan kanser
gambar hiasan
Tabiat memakan daging proses meningkatkan risiko kanser kolorectal (usus), buah pinggang dan perut. Kajian mengesyorkan jumlah daging proses yang boleh dimakan dalam sehari adalah 1 1/2 auns ataupun sebesar saiz 2 jari sahaja untuk mengelakkan risiko kanser.

Jadi, beringatlah sebelum anda berkunjung ke restoran makanan segera ataupun gerai burger!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...