Selasa, 29 Januari 2013

Garam sebagai antiseptik yang bagus



Dalam kehidupan seharian, garam memainkan peranan yang sangat penting bukan sahaja dalam masakan malah ia juga boleh dijadikan antiseptik. Antiseptik adalah bahan yang boleh membunuh kuman dan kulat. Jika anda mengalami sakit gigi atau ulser mulut, mungkin ada pernah dengar petua berkumur dengan air garam boleh melegakan kesakitan. Ini kerana, larutan garam boleh membunuh kuman seterusnya mencepatkan penyembuhan sakit gigi.

Air garam berkesan untuk melegakan sakit mulut akibat ulser atau sakit gigi
air garam membunuh kuman
Larutan air garam mempunyai osmaliliti atau kepekatan lebih tinggi daripada air biasa. Bila ia bersentuhan dengan kuman, cecair daripada sel kuman tersebut akan meresap keluar melalui proses osmosis dan mengakibatkan kuman itu mati akibat dehidrasi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...