Khamis, 17 Januari 2013

Garam Buluh Mencegah Darah Tinggi


Garam putih punca tekanan darah tinggi.


Garam secara lazimnya digunakan dalam masakan seharian kita untuk menambah rasa dan keenakan makanan yang dimasak. Tapi penggunaan garam putih (natrium klorida) secara berlebihan akan mengundang pelbagai penyakit terutamanya penyakit darah tinggi (hypertension) dimana ianya penyumbang utama penyakit jantung (kardiovaskular).

Garam natrium klorida diserap ke dalam darah bersama dengan air. Ini akan meningkatkan isipadu cecair dalam darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat. Garam natrium klorida juga menyebabkan iritasi pada dinding arteriol iaitu salur darah kecil, menyebabkannya mengecut dan akibatnya tekanan darah semakin naik. Secara umumnya, semakin banyak pengambilan garam natrium klorida maka semakin tinggi tekanan darah. Manakala tekanan darah akan menurun beberapa minggu selepas pengambilannya dikurangkan.

Majoriti sumber pengambilan garam natrium klorida adalah daripada makanan proses seperti di bawah.
  • 77% daripada makanan proses
  • 12% secara terus
  • 6% ditambah ketika makan
  • 5% ditambah dalam masakan  

Garam buluh mampu mengurangkan tekanan darah tinggi
pengambilan garam berlebihan penyebab penyakit darah tinggi

Garam Buluh sebagai alternatif garam putih.


Sebagai alternatif, kita boleh menggunakan garam buluh sebagai ganti kepada garam natrium klorida yang biasa. Kelebihan garam buluh sudah lama diketahui oleh masyarakat Korea sejak 1500 tahun dahulu untuk menambah kesihatan dan perubatan. Garam buluh adalah sangat rendah kandungan natrium klorida dan mengandungi 76 mineral semulajadi termasuk magnesium, kalsium dan potassium serta bersifat alkali.

magnesium dlm garam buluh redakan tekanan darah tinggi

Cara pembuatan garam buluh yang unik.


Garam yang diambil dari laut yang bersih kemudian dimasukkan ke dalam buluh, ditutup dengan tanah liat dan dibakar di dalam relau dengan suhu melebihi 1000 darjah selsius berulang-kali. Tujuannya adalah untuk membuang sisa toksik dan logam berat yang beracun sambil menerap garam galian dan mineral tambahan yang berguna daripada buluh kepada garam tersebut.

Garam buluh hai-o untuk kesihatan dan mencegah darah tinggi
garam buluh mencegah penyakit darah tinggi
Hasilnya, garam buluh yang berwarna sedikit kelabu dan penuh khasiat. Berbeza dengan garam natrium klorida Garam Buluh tidak mempunyai kesan sampingan jika dimakan secara berterusan malah mampu merawat pelbagai penyakit dan juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi. Cara penggunaan garam buluh ini sama sahaja seperti garam putih biasa kerana tahap kemasinannya hampir sama namun hasil masakan akan bertambah enak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...