Rabu, 24 Julai 2013

Atasi insomnia dengan tabiat tidur yang betul


Tips tabiat tidur yang baik untuk mengatasi masalah insomnia

Adakah anda sukar tidur atau sering terjaga dari tidur? Mungkin anda mengalami insomnia. Disini saya berkongsi beberapa tips tabiat tidur yang berguna supaya anda dapat tidur dengan mudah dan lena.
  1. Tetapkan jadual waktu tidur yang sama setiap malam dan bangun pada waktu yang sama setiap pagi.
  2. Elakkan tidur diwaktu siang kerana ia mengurangkan rasa mengantuk pada waktu malam. 
  3. Tidur sekejap sebelum waktu zohor "Qailullah" memberi tenaga sepanjang hari dan mengelakkan badan terlalu letih dan sukar bangun pagi. 
  4. Elakkan mengambil minuman berkafein, beralkohol atau merokok pada lewat petang. Semua benda tersebut merangsang tubuh dan menghilangkan rasa mengantuk.
  5. Jangan bersenam 3-4 jam sebelum waktu tidur kerana ia juga merangsang tubuh dan minda untuk kekal cergas dan menghilangkan rasa mengantuk.
  6. Beriadah dan bersenam secara teratur dan tetap. Tubuh menghasilkan serotonin sejenis enzim yang merehatkan badan dan minda bila bersenam. Ini membantu anda tidur dengan lena diwaktu malam.
  7. Jangan makan malam kurang 2 jam sebelum waktu tidur. Ini untuk mengelakkan masalah regurgitasi dan pedih ulu hati serta susah tidur.
  8. Hadkan penggunaan peralatan elektronik. Skrin gajet biasanya terang dan boleh menghilangkan rasa mengantuk. Berhenti guna sejam dua sebelum waktu tidur atau malapkan cahaya ke tahap minima.
  9. Pastikan bilik tidur selesa dan tiada cahaya terang atau bunyi bising. Boleh guna penutup mata dan telinga sekiranya perlu. 
  10. Jika masih belum lelap selepas 20 minit, jangan berpusing atau menggeliat diatas katil. Sebaliknya bangun dan cuba lakukan sesuatu yang relaks seperti membaca novel (yang tidak melibatkan skrin yang cerah). Bila rasa mengantuk cuba tidur kembali.
  11. Pastikan tempat tidur bersih dan bebas daripada alergen seperti debu dan hama agar tidur tidak terganggu akibat reaksi alergi seperti bersin, batuk dan kegatalan kulit.
  12. Elakkan mengambil pil tidur terutamanya tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan ketagihan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...