Sabtu, 20 Julai 2013

Berbuka puasa bersama keluarga tersayang



Iftar ataupun berbuka puasa adalah masa yang ditunggu-tunggu bukan kerana terlalu lapar tapi mahu berkumpul dan makan bersama keluarga. Berbuka puasa adalah satu nikmat yang Allah kurniakan selepas setengah hari menahan lapar dan dahaga disamping perkara-perkara maksiat.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal

Hujung minggu lepas sempat saya sekeluarga pulang ke kampung menjengah mak dan ayah sambil berjumpa Awesomazing Team kat Terengganu. Hanya dua hari satu malam je kat kampung tapi sempat bawa mak mertua serta keluarga sebelah Adibah Karimah berbuka puasa bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal, Batu Buruk. Harga cuma RM 65.00 seorang dan makanannya pun okeylah.

Bufet Ramadan di Hotel Primula Park Royal Kuala Terengganu

Mencuba masakan Restoran Paradise Deluxe 

Keesokan hari sebelah saya pula. Saya bawak mak dan ayah saya berbuka di Restoran Paradise Deluxe di Jalan Bukit Besar. Ikut selera orang lama, kami makan ikan siakap masak stim ala nyonya, udang goreng mentega dan ketam masak masam manis. Harganya agak mahal di sini tapi apa nak kisah belanja mak dengan ayah berbuka kan.

Iftar Ramadan di Restoran Paradise Deluxe Kuala Terengganu

Walaupun balik sekejap tapi sempat berbuka dan bersahur dengan mak ayah. Itu iftar yang terbaik sepanjang bulan puasa ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...