Ahad, 21 Julai 2013

Kenangan berpisah dengan kerajaan



Dulu masa kerja kerajaan belum pernah terima anugerah pekerja cemerlang. Kalau ada pun dapat plet penghargaan bila kena transfer tempat kerja. Paling best dapat frame surah Yasin daripada jabatan masa jamuan perpisahan berhenti kerja. Terima kasih ye.


Frame ini lengkap satu surah Yasin, dan pernah tak sempat nak buka Quran terus je baca dari sini. Okeylah kan, bukan sekadar hiasan kenalah beramal juga ayat suci ni. Dulu pernah kerja kerajaan selama lapan tahun lebih sebelum mengambil keputusan berhenti. Adalah sebab-musababnya yang tak perlu dihebahkan.

Sebelum tamat saya beri notis berhenti kerja 3 bulan awal sebelum tarikh saya nak berhenti. Ini untuk mengelakkan gaji dipotong. Tapi kalau masa tu dah kaya-raya saya tak kisah pun nak berhenti dengan notis 24 jam. Tapi belum kaya.

Hari ini saya alihkan frame tu kat tempat lain, itulah teringat kisah lama. Hari ni dah lebih 2 tahun sejak berpisah. Rindu? Rasanya taklah. Kalau nak tahu apa yang tertulis kat sudut kanan bawah tu, seriously saya pun terkebil-kebil nak faham. Tulisan khatnya cantik sangat, rasanya berbunyi "Cenderahati daripada *tak tau**tak tahu* Oftalmologi *tak tahu* HBAS 2011 *tah tahu*.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...