Khamis, 25 Julai 2013

Mr Mama memerlukan orang gaji



Nak cari orang gaji, nak cari orang gaji... Susah benar nak cari orang gaji, pasal apa ha? padahal pendatang tanpa izin dari negara jiran berlambak-lambak kat negara ni. Diorang ni datang secara haram kerja apa kat sini? Kedai makan? Buruh? Setahu saya nak kerja kilang mestilah ada permit, betul ke?

Hari ni dah masuk lebih kurang 4 bulan bibik terakhir saya lari. Sebelum tu ada dia cakap kat kakak ipar yang dia dah puas jadi bibik. Katanya nak kerja kilang pula, tapi bila disoal tak pula mengaku. Tup tup seminggu lepas tu dah lari. Selama dua bulan takde bibik kami hantar 2 orang anak sulung dan kedua ke daycare. Baby pula, kadang bawa sekali jumpa klien, kadang hantar nursey. Kadang saya duk rumah jaga baby sebab kesian baby kalau bawa mesti dia tak cukup tidur.

Mujur lepas dua bulan tu ada kawan, dulu dia pernah kerja dengan kami sabagai jurujual kat butik batik kami kat Kedah. Sekarang tengah belajar jurusan peguam di UIAM, dan baru start cuti semester. Kebetulan dia pun nak kerja sementara dan pernah jadi pengasuh. Memang nasib baiklah time tu. Takdelah saya kena jadi Mr Mama lagi.
Mandi kolam renang bersama anak-anak di kediaman
petang mandi kolam dengan anak-anak
Saya dah serik sebenarnya nak ambil orang gaji melalui ejen. Sebab dah asyik kena tipu atau kerja tak sampai setahun dah minta balik. Kalau kira dah dekat sepuluh ribu duit hangus bayar untuk dapatkan bibik dalam masa setahun. Baca entry lepas : ditipu ejen pembantu rumah. Ingat lepas ni nak pergi cari sendiri bibik yang fresh kat Indonesia, bawa balik sini tapi masa pula tak mengizinkan.
Jaga anak-anak sendiri lepas bibik lari rumah
layan anak-anak kat playground
Akhirnya beberapa hari lepas saya dapat tahu yang abang saya ada kenalan di Indonesia, yang selalu bawa masuk saudara-mara dia ke Malaysia kerja sebagai bibik. Orang itu boleh dipercayai dan adik ipar abang saya pun ambil dari dia. Kosnya lebih murah dari purata harga ejen di sini tapi permitnya hendaklah diproses oleh majikan sendiri.

Harap-harap kali ini pencarian seorang bibik akan berakhir. Hari ini saya nak transfer duit kepada orang tu kat Indonesia melalui Western Union. Bila ada orang gaji kat rumah baru boleh all out buat bisnes, maklumlah sekarang ni tengah fight untuk pakej ke Gold Coast, Australia.

Sesiapa yang nak buat bisnes part time, dapat bonus bonanza raya RM 4500 bulan depan boleh contact wife saya, Adibah Karimah 019-6615447 atau saya 012-3433661 untuk maklumat lanjut. Jika nak pembantu rumah pun boleh saya kenalkan dengan ejen pembantu rumah yang dipercayai itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...