Selasa, 27 Ogos 2013

Berapa jumlah garam diperlukan sehari?



Secara umumnya, pengambilan garam (sodium atau natrium) adalah cukup 1500 mg dan mestilah tidak melebihi 2300 mg dalam sehari. Namun, secara purata kebanyakan orang akan mengambil garam sebanyak 3500 mg -5000 mg sehari. Pengambilan garam putih atau dikenali sebagai garam proses secara berlebihan adalah berkait rapat dengan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, stroke, penyakit buah pinggang dan sebagainya.

Banyak orang tidak sedar bahawa, garam terdapat dalam pelbagai jenis makanan terutamanya makanan proses seperti daging burger, hotdog, sardin, roti dan sebagainya. Pengalaman saya, apabila ditanya kepada pesakit darah tinggi berkenaan pengambilan garam. Rata-rata mereka hanya faham garam hanya dibubuh dalam masakan ketika memasak. Justeru, mereka hanya tahu makan masakan tawar tetapi tidak berpantang kepada makanan proses yang juga mengandungi garam.

Kandungan garam dalam roti
sebanyak 249 mg garam dalam 2 keping roti 
Garam dalam cereal sarapan pagi
169 mg garam dalam 100g bijirin sarapan
Garam tersembunyi dalam mi megi goreng
1080 mg garam dalam megi goreng!
Garam dalam pop corn
434 mg garam dalam 100g pop corn
Sebagai pemahaman mudah, untuk menganggar berapa banyak garam seberat 2300 mg mudah saja. Secubit garam dianggarkan seberat 360 mg, sesudu teh garam seberat 5690 mg, sesudu besar garam seberat 17 gram. Lebih senang jika kita perhatikan label nutrisi makanan proses. Contoh dua keping roti Gardenia mengandungi garam sebanyak 249 mg. Sekarang anda boleh ke dapur dan mula melihat jumlah garam dalam makanan proses yang anda beli.

Menurut sumber kajian, sumber garam yang dimakan dalam sehari datangnya daripada makanan proses (77%), sumber makan semulajadi (12%), ditambah perisa ketika makan (6%) dan ditambah kedalam masakan cuma 5%.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...