Jumaat, 30 Ogos 2013

Futsal Piala Haji Harun



Sudah menjadi kelaziman kami, anak cucu cicit Haji Harun bila menjelang Hari Raya akan mengadakan hari keluarga atau hari sukan. Sebelum ni saya ada ceritakan suasana Hari Keluarga ketika menyambut Hari Raya Aidiladha tahun lepas.

Perlawanan futsal pula memang wajib setiap tahun diadakan. Cuma tahun ini kurang meriah dibandingkan tahun sudah. Mungkin perancangan tidak dilakukan dengan teliti menyebabkan kurang penyertaan dari pasukan wanita. 

Saya sebenarnya dah lama sangat tak main bola atau futsal ni. Tak ingat bila last sekali, at least sejak kahwin 7 tahun lepas. Niat nak keluarkan peluh je, tak score pun takpe. Hehe..

futsal di kg tok jembal
penyokong tegar
main futsal Piala Haji Harun
giliran anak-anak tunjuk skil
Dr Hasbi main futsal
isi minyak lepas main
main futsal dgn anak saudara
anak-anak saudara
Walaupun ramai yang tak datang selain pasukan wanita tapi dapat juga main 3 pasukan futsal. Penat jangan cakaplah, setiap game 10 minit tapi team yg menang stay (nak ckp asyik menang la ni..hehe). Tapi menang 2 game pastu kalah la sebab pancit sangat.

Besoknya, satu badan sengal-sengal. Nak tunduk sakit belakang, nak duduk sakit kaki. Tapi tak kisahlah janji enjoy sambil mengeratkan hubungan anak beranak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...