Rabu, 28 Ogos 2013

Happy Birthday to my sweetheart Adibah Karimah



Harijadi Adibah Karimah
Today is my love's birthday, Adibah Karimah. Selamat Hari Lahir Ayang yang ke dot..dot..dot..pada 28 Ogos 19XX. Rahsia la, mana boleh bagitau, nanti orang kata dah tua pula. Entahlah, nak tahu tanya empunya badan umur dia dah berapa hari ni. Yang penting, kami bersyukur dipanjangkan umur sampai ke hari ini. Semoga dipanjangkan umur, sihat walafiat dan dirahmati Allah sentiasa.

Happy Birthday to Adibah Karimah

Selama lebih tujuh tahun berkahwin dengan Adibah, telah banyak asam garam yang dilalui bersama. Syukur juga rumahtangga kami kekal bahagia sampai ke hari ini. Banyak dugaan dan rintangan yang ditempuh bersama namun masjid yang dibina tetap utuh. Insya Allah moga-moga kekal sampai akhir hayat.

Happy Birthday CDM Adibah Karimah

Dikesempatan ini, saya doakan semoga kita terus berjaya dalam bisnes online bersama GLAM dan Awesomazing Team akan terus berkembang maju. Insya Allah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...