Khamis, 1 Ogos 2013

Kafein penyebab penyakit jantung

Kebanyakan orang akan minum 2-4 cawan kopi atau minuman berkafein setiap hari. Tapi tahu tak pengambilan kafein (caffeine) berlebihan boleh menyebabkan penyakit jantung?

Kopi (coffee) atau minuman berkafein menyebabkan serangan jantung

Bila anda minum minuman berkafein, tekanan darah dan kadar denyutan jantung akan meningkat. Kajian telah dibuat dan terbukti bahawa pengambilan minuman kopi yang berkafein ataupun tidak berkafein (decaffeinated coffee) meningkatkan paras kolesterol dan homocysteine dalam darah seterusnya menambah risiko serangan sakit jantung (heart attack).

Kafein merangsang penghasilan stress hormones seperti kortisol dan adrenalin. Hormon-hormon ini dihasilkan oleh kalenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang (ginjal) dan biasanya dihasilkan bila dirangsang oleh situasi cemas atau kejutan (fight and flight response). Tindakbalas fisiologi itu bertujuan meningkatkan tindakbalas fizikal dan mental untuk menghadapi situasi tersebut.

Namun, dalam keadaan normal. Rangsangan untuk menghasilkan hormon stres adalah sementara. Ia berhenti apabila situasi cemas tersebut tamat. Jika ia terus menerus dirangsang oleh kafein yang diambil secara berlebihan dan berterusan maka ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti:

  • keresahan / kegelisahan / kecelaruan perasaan
  • kemurungan / tekanan perasaan
  • masalah penghadaman
  • penyakit jantung
  • masalah tidur / insomnia
  • penambahan berat badan / kegemukan
  • kemerosotan ingatan dan daya tumpuan


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...