Jumaat, 2 Ogos 2013

Kehebatan malam Lailatul Qadar


Kehebatan malam Lailatul Qadar melebihi seribu bulan

Ramadan hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum Syawal menjelma. Malam Lailatul Qadar adalah sangat hebat kerana kitab suci Al-Quran diturunkan pada malam tersebut. Orang Islam yang menjumpai malam sepatutnya berjaga sepanjang malam untuk beribadat dan berdoa kepada Allah. Ini kerana malam Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan (amalan pada malam ini lebih baik daripada amalan seribu bulan).

Allah telah berfirman dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya Al-Quran) pada malam kemuliaan (Lailatul Qadar). Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan (Lailatul Qadar) itu? Malam kemuliaan itu (Lailatul Qadar) lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar”. (Al-Qadr: 1-5)
Untuk menyambut kedatangan Malam Lailatul Qadar itu hendaklah kita mempersiapkan diri pada sepuluh 10 malam terakhir Ramadan, terutama pada malam-malam ganjil iaitu: pada malam 21, 23, 25, 27 dan pada malam 29 Ramadan.

Kalau kita menjumpai malam Lailatul Qadar (dengan izin Allah) maka Rasulullah SAW menganjurkan agar kita berdoa. Berdasarkan hadis berikut:
“Dari Aisyah R.A (‘Aisyah radhiyallahu ‘anha), ia berkata; saya bertanya: "Ya Rasulullah bagaimana kalau saya tahu akan malam Lailatul Qadar itu? Apa yang harus saya ucapkan pada malam itu?" Beliau bersabda: Ucapkanlah: "Allahumma innaka afuwwun tuhibbul afwa fa'fu 'anni" Ya Allah, Sesungguhnya Engkau adalah maha pengampun, suka mengampuni, maka ampunilah hamba" (HR Tirmidzi, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad).
Semoga anugerah malam Lailatul Qadar ini dapat kita raih bersama-sama sehingga mendapat keutamaan pahala melebihi amalan seribu bulan. Amin Yaa Rabbal A'lamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...