Isnin, 9 September 2013

Melancong free ke Korea



Semua orang ada impian masing-masing. Tak kiralah samada ianya impian kecil atau besar. Ada orang impiannya nak hidup mewah, nak keluarga bahagia, nak melancong luar negara ataupun nak berbini empat...hehe. Saya pun ada banyak impian, dan salah satunya ingin melancong ke serata dunia.

Sejak belajar lagi saya berangan-angan bercuti ke luar negara terutamanya ke negara bermusim sejuk, mahu main dan meluncur salji. Segalanya bermula sejak arwah kakak saya belajar di Oxford University, London. Dulu arwah selalu bawa balik ole-ole dari London, dan gambar-gambar dia bermain salji. Tengok macam best giler tapi berangan jelah masa tu.

Akhirnya impian nak main salji tercapai bila first time melancong ke Switzerland, kemudian ke London dan Paris. Pemandangan paling cantik ketika melancong ke Holland, ketika musim bunga. Kami melawat taman bunga tulip terbesar di Eropah, Kenkenhof. Kalau nak lihat album gambar boleh tengok kat facebook saya.

Melancong free ke Seoul, Korea pada 16-20 September 2013

Beberapa hari lagi kami akan bertolak ke Seoul, Korea. Kumpulan kami bertolak pada 16 September dan balik pada 20 September. Kali ni lagi best sebab geng kami bawah Awesomazing Team bertambah ramai. Mesti kecoh keseronokan kami di sana nanti..huhu bestnya! Apatah lagi masa tu musim luruh yang sangat cantik memukau.

Melancong free ketika musim luruh di Korea
gambar sementara sebelum gambar sendiri :D
Kalau nak join kami pergi Gold Coast, Australia secara free akan datang bolehlah contact saya atau Adibah Karimah okey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...