Sabtu, 26 Oktober 2013

Menjala ikan atas lebuhraya??



Menjala ikan atas lebuhraya?? Orang gila ke apa? Taklah, bunyi memang pelik tapi ianya benar! Masa tu banjir besar di utara pada awal November 2010. Banjir terburuk selepas 2005, dimana lebih 15000 penduduk terpaksa dipindah ke tempat selamat.

Banjir besar di Kedah pada 2010
dalam tu jangan main..
Banjir besar di Kedah pada November 2010
nampak tak tu orang tengah menjala ikan ;)
Paling best saya tak dpt pergi kerja beberapa hari sebab jalan dan lebuhraya dari Jitra ke Alor Setar tenggelam air. Ni bukan setakat tenggelam buku lali tau, ni lori askar pun tak lepas. Kalau kat lebuhraya Jitra tu memang lebih paras kepala dalamnya.

Rumah saya tak naik air la sebab duk condo kat Bandar Darulaman. Kesian kat orang2 yang jadi mangsa banjir, ada juga yang tidur tepi2 jalan dengan barang2 yg diselamatkan. Sekarang pun ada kebanjiran tapi tak seteruk dulu. Di KL ni pun ada banjir kilat tapi kebanjiran warga asing tu memang tak kira musim sentiasa ada kan :D

Banjir besar di Kedah pada 2010 melibatkan 15000 mangsa banjir
Kamal Khairi dan Adibah
Mangsa banjir besar di Kedah mencecah 15000 orang
menunggu lori yang tak kunjung tiba..hihiii
Muka frust tak dpt pegi kerja..hehe. Bos cakap tunggu kat rumah nanti lori datang ambil hantar kerja tapi sampai air surut pun langsung tak nampak batang ekzos ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...