Jumaat, 4 Oktober 2013

Kenangan GLAM Dinner 2012



Tahun ini Green Leaders Academy Malaysia (GLAM) sekali lagi akan mengadakan majlis makan malam bersama founder GLAM, Hanis Haizi dan Razali Zain. Kalau tahun lepas, GLAM Dinner diadakan di Hotel JW Marriott, KL pada 24.11.12 tapi tahun ni dengar khabar nak buat di Hotel Equatorial Bangi dan GLAM Dinner ni akan berlangsung selepas Majlis Ulangtahun Syarikat ke-21 di MAEPS, Serdang pada 9.11.13.

Saya anggarkan lebih seratus orang yang hadir pada GLAM Dinner tahun lepas dan saya rasa tahun ni mesti semua GLAMpreneur berebut-rebut nak dapatkan tiket masuk kerana jumlah tempat duduk sangatlah terhad. Siapa yang dapat tu tersangatlah beruntung sebab nanti akan ada pertandingan Best Dress lelaki dan perempuan. Hadiah jangan tak hengat, dapat hadiah percutian bernilai beribu ringgit!


GLAM Dinner di JW Marriott KL tahun 2012

Sambil menikmati hidangan makan malam yang sungguh lazat, kami dihiburkan dengan persembahan karaoke dan live band. Tahun ni mesti lagi best sebab geng
makin ramai, mesti kecoh sekampung..hehe. Best kan? Nak pergi jom?!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...