Khamis, 24 Oktober 2013

Oh kunci spare, dimana kau?


Kena sindir dengan polis sebab tak bawa kunci spare BMW bersama

Seriously siapa baca habis buku manual kereta bila beli kereta baru? Saya baca la kalau nak tahu certain part tapi takdelah nak baca dari page one sampai khatam. Tebal tu mak...hehe.

Nak jadi kes, dulu pernah baby Amir Khalif terkunci dlm kereta sebab system dysfunction sampai saya terpaksa panggil bomba pecahkan cermin tingkap takut dia lemas. Memang cekap bomba Alor Setar ni, kurang lima minit dah sampai! Memang terbaiklah abang bomba ;)

Dah selamat saya pun buatlah report kat balai polis, sebab tak pasti nanti claim insuran dia nak salinan repot ke tak. Tengah-tengah buat repot kat balai tu ada pula sorang polis yang tak berkenaan tu menyindir. Katanya kunci spare kena bawa selalu, kan dalam manual ada tulis..tak baca manual ke?? 

Emm...yeke? Haritu salesman kereta cakap kalau boleh jgn ada dua2 kunci dlm kereta takut kereta konfius. Hahah! Anyway, tak kisahlah janji baby dah selamat. Malam tu balik KL terus walaupun tingkap tutup dgn plastik jer!

Sekarang dah trauma, kalau keluar kereta takkan tinggal kunci kat dalam takut ter'auto-lock' walaupun dah reset computer system dia. Persoalannya sekarang, ada ke dalam manual ckp mesti bawa kunci spare selalu mcm abang polis tu cakap?? Manual kereta dia ada ke? 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...