Rabu, 30 Oktober 2013

Jemputan Majlis Ulang Tahun ke-21



Pelan asal nak cari ic dan medical card anak-anak tapi terjumpa surat jemputan ke Majlis Ulang Tahun ke-21 Hai-O Marketing. Sejak balik Korea tengah bulan lepas lupa dah simpan kat mana ic dan medical card diorang. Risau takut hilang leceh pula nak kena buat ic baru, tiga-tiga anak pulak tu.


Majlis Ulang Tahun ke-21 Hai-O Marketing

Seperti tahun sudah majlis ulangtahun sebegini akan meraikan pengedar pangkat tertinggi iaitu Crown Diamond Manager atau singkatannya orang gelar CDM (bukan Cash Deposit Machine). Tahun lepas wifey saya, Adibah yang naik pentas bersama ramai lagi CDM baru naik sehingga bulan September 2012.

Selain itu ada persembahan daripada artis terkenal, macam tahun ni oleh Misha Omar dan yang paling ditunggu-tunggu adalah cabutan bertuah. Cuba tengok, Hadiah Utama cabutan bertuah ialah jongkong emas bernilai RM25,000.00, Hadiah Pertama Sijil Simpanan Premium bernilai RM15,000.00 dan Hadiah Kedua seutas jam tangan berjenama bernilai RM10,000.00 serta banyak lagi hadiah saguhati!

Kalau nak pergi, ini perincian dia :

Tarikh : 09/11/2013 (Sabtu)
Masa : 12.30pm - 7.00pm
Lokasi :
Mines Exhibition Centre (MIECC), Jalan Dulang, MINES Resort City, Seri Kembangan, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Jumpa anda di sana! Manalah tahu saya dan wifey bertuah dapat hadiah-hadiah tu kan ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...