Selasa, 29 Oktober 2013

Minum kopi menyebabkan osteoporosis?


Minum kopi berlebihan dikatakan penyebab osteoporosis

Saya pernah ditanya oleh seseorang adakah meminum kopi berlebihan (4 cawan atau lebih sehari) boleh menyebabkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh disebabkan kepadatan tulang yang berkurang). Memang sebenarnya ada kajian yang cuba menyasarkan fakta tersebut tapi tiada satu pun kajian yang menunjukkan amalan meminum kopi adalah satu risiko osteoporosis.

Walaubagaimanapun, kopi sebenarnya mengganggu penyerapan kalsium dalam sistem penghadaman tubuh kita. Jadi dalam kes tertentu seperti meminum kopi berlebihan disamping diet yang tidak mengandungi kalsium seharian yang cukup boleh mendorong kepada penyakit osteoporosis.

Untuk pengetahuan, osteoporosis lebih kerap berlaku dikalangan wanita tua yang sudah menopaus (kekurangan hormon estrogen). Faktor risiko lain:

  • wanita (lelaki juga sering terjadi selepas berumur 70 tahun)
  • gaya hidup yang tidak aktif
  • pengambilan steroid (sesetengah jamu atau herba juga mengandungi steroid semulajadi) 
  • pengambilan minuman beralkohol
  • merokok
  • sejarah keluarga menghidap osteoporosis
  • kurang pengambilan kalsium dan vitamin D
  • susuk badan terlalu kurus (underweight)
  • pernah patah tulang
  • hyperthyroid (kelenjar tiroid yang terlalu aktif secara tidak normal)

Mineral Coffee mengandungi 76 mineral untuk kesihatan tulang
Okey, sekarang dah tahu punca penyakit osteoporosis bolehlah ubah yang mana boleh seperti berhenti merokok dan bersenam. Faktor umur, jantina dan sejarah keluarga tu nasiblah. Paling penting, ingat lepas ni minum kopi bukanlah penyebab osteoporosis. 

Teruskan enjoy minum kopi, dan kalau nak lebih bagus minum Mineral Coffee yang kaya dengan 76 mineral termasuk kalsium dan magnesium untuk mennguatkan tulang!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...