Isnin, 7 Oktober 2013

Susu ibu memang paling baik untuk bayi



Alhamdulillah. Itulah kalimah yang patut saya zikir kan sebab hari ni dah lebih seminggu selsema. Demam takde cuma batuk berkahak saja. Start dengan anak nombor dua, Kamal Khairi berjangkit kat saya, wife dan Amir Khalif.

Anak kedua tu memang lemah, selalu je kena batuk selsema. Kadang berminggu-minggu batuk. Kalau dulu sayalah paling kuat dan paling akhir kena ataupun tak kena langsung tapi sekarang nampaknya baby saya yg berumur 10 bulan ni yang paling kuat imun dia.

baby yg breasfeed paling lama

Pada pengamatan saya, anak sulung breastfeed 6 bulan, anak kedua 2 bulan je tapi yang bongsu ni sejak lahir sampai sekarang 10 bulan masih breastfeed. Memang terbukti secara klinikal susu ibu memang terbaik dan menguatkan badan melawan jangkitan kuman (promosi susu cap gantung).

kurang breastfeed punca sakit

kurang breastfeed punca haarith sakit

kurang breastfeed punca khairi sakit

tag nama pesakit

dua beradik

Dulu anak sulung dan kedua pernah masuk hospital sebab jangkitan paru-paru. Walaupun tak serius tapi kalau tidak dirawat pasti merbahaya. Walaupun anak sulung breastfeed 6 bulan saja tapi kami beri dia susu paling mahal masa tu. 

Malang anak kedua sebab kami tak mampu nak beli susu paling mahal, dapat susu biasa-biasa aje..hehe kesian dia. Takpelah dah rezeki dia mcm tu, adalah hikmahnya tu. Masa tu lah, sebelum kitorang buat bisnes jual korset ni memang ada masalah kewangan skit. Skit je tak banyak ;)

Apa hal pun, semua mak ayah nak bagi yang terbaik kepada anak-anak. Baik dari segi makan, pakai, pelajaran dan didikan agama. Sentiasa mendoakan keselamatan anak-anak dan kejayaan mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...