Sabtu, 30 November 2013

Akhirnya dapat pembantu rumah



Alhamdulillah. Harap-harap pembantu rumah kali ni kekal ke akhir hayat kontrak. Bukan apa, susah sangat nak cari pembantu rumah yang betul-betul berkualiti sekarang ni. Jangan ingat ambil dari agensi yang berdaftar dengan harga mahal sampai berbelas ribu ringgit tu terjamin. Kalau nak jadi, lari juga orang tu. Malangnya waranti cuma 3 bulan sahaja. Kadang-kadang yang tak betul tu ejen dia, yang tamak dan sanggup menipu untuk mengaut untung atas angin.

sekarang sudah ada pembantu rumah diambil drp ejen dipercayai
Tak kurang juga ejen yang berpakat dengan pembantu rumah supaya lari lepas habis waranti, biasanya 3 bulan. Pembantu rumah tu lari balik ke ejennya dan senyap-senyap dia supply kat majikan lain. Dapatlah lagi komisen beribu ringgit. Wallahua'lam la benar ke tidaknya tapi benda ni bekas ejen sendiri yang cerita.

Pembantu rumah sekarang ni kami ambil drp ejen kat Wangsa Maju. Kami actually dah lama kenal ejen ni sejak duduk kat Wangsa Maju dua tahun lepas tapi masa tu dia tak ada stok yang sesuai. Lepas pindah Selayang tak contact dia sampailah minggu lepas jumpa dia dan kebetulan dah ada beberapa orang yang dah ready. Lepas segala soal-siasat dan temuduga, akhirnya kami berpuas-hati dan terus angkut bawa balik seorang pembantu rumah. Mesti kena hati-hati, taknak pisang berbuah 4 kali. Kan pernah kena ditipu ejen dulu.

Setakat hari ni, cukup seminggu bibik ni kerja dengan kami. Kerja memang bagus, rajin, menghormati kami dan pandai melayan anak-anak kami. Nak puji lebih-lebih tak berani, baru seminggu je pun tapi doa harap kekal mcm tu la. Jangan berlakon je awal-awal ni. Bibik terbaru ni mengingatkan kami kat binik bibik kami yang pertama kira-kira 4 tahun dulu. Dua-dua asal Jawa dan sama lebih kurang rajinnya.

p/s: kalau memerlukan pembantu rumah boleh saya kenalkan ejen pembantu rumah yang dipercayai itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...