Isnin, 18 November 2013

Hollywood GLAM Dinner


Hollywood GLAM Dinner at JW Marriott Hotel

Siapa yang pergi Hollywood GLAM Dinner pada 9 November 2013 baru-baru ni pasti tak sabar nak update blog masing-masing. Al-kisahnya Hollywood GLAM Dinner di Hotel JW Marriott Putrajaya hari tu memang best sangat. Sekali-sekala makan kat hotel bersama business partners apa salahnya kan.

Hollywood GLAM Dinner at JW Marriott Hotel with Awesomazing Team

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saya, kemudian dikemudi oleh mc riuh-rendah Shuhada dan Shahril. Selain hidangan western yang sedap, ada live band menyanyi kat depan menghiburkan suasana. Ditambah pula gelagat dua orang mc tu yang kelakar dan sporting.

CDM line up during GLAM Dinner

Lepas makan, semua CDM baru 2013 diraikan atas pentas (yang pakai crown). Paling kiri tu wifey saya, Adibah Karimah, nak baca entry dia kat sini. Lepas tu ada cabutan bertuah. Macam-macam hadiah dapat tapi bukan kat sayalah, nasib tak berapa baik daa...

Akhir sekali ada pertandingan Best Dress Lelaki dan Perempuan. Seramai 20 orang peserta yang terpilih termasuklah saya. Syaratnya kami kena buat catwalk kat depan dengan gaya tersendiri dan pemenangnya of course bukan sayalah, sebab saya jalan gaya goatwalk (:
Best Dress award di GLAM Dinner
Syoknya sekali-sekala dapat join majlis-majlis macam ni. Moga-moga panjang umur tahun depan boleh berdinner lagi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...